Mazda MX-30 2020 crossover coupe sporti – TMS2019

2038

Mazda memperkenalkan kereta elektrik sepenuhnya di Tokyo motor show 2019, dan jentera itu digelar Mazda MX-30.

Dari pandangan luar, ia kelihatan seperti crossover dua pintu yang cukup sporty, tetapi MX-30 menawarkan salah satu ciri paling hebat dari kereta sport RX-8 yang ada iaitu pintu suicide yang kecil. 



Untuk spesifikasi, Mazda belum mendedahkannya dengan terperinci, tetapi untuk pasaran Eropah, jentera ini dikatakan menggunakan satu motor elektrik yang menjana 143hp, dengan bateri 35.5kWh yang menawarkan jarak perjalanan kira-kira 209km.

Mazda memberi kenyataan bahawa MX-30 merupakan EV yang berbeza yang memberi tumpuan kepada keseronokan pemanduan, serta hubungan antara pemandu dan kereta.

Ruangan dalam disertakan dengan bahan-bahan mesra alam seperti gabus untuk dulang konsol yang berasal dari pokok-pokok yang tidak ditebang. Trim pintu dan fabrik disertakan dari bahan kitar semula. 

Bagi pengalaman memandu, powertrain e-Skyactiv MX-30 dikatakan menawarkan tindak balas cemerlang dengan dinamik yang lancar untuk mencapai prestasi yang dapat dinikmati oleh pemandu secara semulajadi. Untuk itu, Mazda membuat beberapa persamaan dengan crossover baru dan satu lagi yang terkenal dalam kategori model MX ialah MX-5.

143hp mungkin terdengar seperti jentera yang dibebani dengan berat bateri, tetapi ia adalah sebaliknya. Sistem G-Vectoring Control MX-30 menggunakan powertrain untuk mengalihkan beban dan daya dari sisi-ke-sebelah. Pasaran MX-30 telah dibuka di Eropah, pesanan juga sudah boleh dibuat dan penghantaran jentera ini akan bermula pada tahun hadapan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here