Mitsubishi Super Height K-Wagon Concept pada TMS 2019

1649

Semasa Pameran Tokyo motor show 2019, Mitsubishi mendedahkan Super Height K-Wagon concept. Ianya merupakan sebuah kei car yang menawarkan pintu belakang gelongsor, kenderaan itu telah direka bentuk untuk pemandu yang “ingin pergi lebih banyak tempat dan jarak yang lebih jauh.” Ia mungkin kelihatan seperti sebuah kereta mini kecil, tetapi ada lebih banyak spesifikasi yang menarik terdapat pada jentera ini. 

Jentera Kei car menyumbang kira-kira sepertiga daripada jualan kereta baru domestik dan, pada tahun 2018, empat model paling laris di negara Jepun adalah semua kei car iaitu Honda N-Box, Suzuki Spacia, Nissan Dayz, dan Daihatsu Tanto. Satu jenama besar pengeluar kereta negara ini yaitu Mitsubishi akan memperkenalkan sebuah jentera berkonsep sama.



Kei car adalah salah satu daripada sejuta sebab mengapa kita suka Jepun. Kategori kenderaan ini telah diwujudkan oleh kerajaan tempatan pada tahun 1949 dan peraturannya masih memerlukan enjin 660cc atau lebih kecil, yang membawa faedah cukai dan insurans yang baik kepada pemiliknya.

Jentera ini menggabungkan reka bentuk Mitsubishi yang terkini dengan bahagian hadapan Dynamic Shield yang disertakan dengan bar keluli dan gril yang agak mendatar. Walaupun syarikat itu berkata “pandangan sisi memancarkan kuasanya,” jentera ini kelihatan sangat tradisional dan merangkumi semua ciri utama sebuah kei car.

Sebuah enjin CVT kecil menyampaikan “pantas, prestasi perjalanan yang bebas tekanan dalam zon kelajuan rendah dan kelajuan tinggi” sementara pakej e-Assist sistem keselamatan dan sistem pembantu yang boleh mengurangkan tekanan pada roda. Pelbagai teknologi termasuk bantuan pemandu pada lorong tunggal di lebuh raya, sistem brek kecemasan, dan bantuan pencegahan perlanggaran untuk kesilapan penggunaan pedal.

Mitsubishi tidak mendedahkan rancangannya umtuk Mitsubishi Super Height K-Wagon Concept akan berubah menjadi model produksi, tetapi diandaikan ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk melihat jentera ini pada jalan raya Jepun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here