Cawangan Peugeot dan Citroen 3S terbaharu dibuka di Alor Setar

1395

Nasim Sdn Bhd (pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia) dan Naza Euro Motors Sdn Bhd (pengedar rasmi kenderaan Citroen di Malaysia) telah bekerjasama mengembangkan sayap mereka dengan membuka cawangan Peugeot dan Citroen 3S terbaharu di Alor Setar, Kedah.

Cawangan dwi-jenama ini mendapat konsep penuh kedua-dua jenama iaitu Peugeot Bluebox dan Citroen La Maison.



Cawangan Peugeot dan Citroen 3s di Alor Setar itu boleh mempamerkan sehingga 8 kenderaan. Dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2 juta, ia juga mempunyai lounge keluarga dan pelanggan dengan Smart TV, lounge peribadi dan sudut café.

Cawangan 3S ini juga berkeluasan 15,000 kaki persegi dan mampu menservis 200 hingga 250 kereta setiap bulan dengan 5 ruang servis.

Pelanggan Peugeot dan Citroen sekitar Utara bolehlah singgah di pusat 3S ini yang terletak di 97 M&N, Batu 1 1/4 Mergong, Seberang Jalan Putera 05150 Alor Setar, Kedah. Ia dibuka dari 9pagi hingga 6petang dari Isnin hingga Sabtu, dan ditutup pada Ahad dan cuti umum.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here