Volvo S60 T8 tiba di Malaysia, model Volvo dengan pengendalian terbaik

2646

Volvo Car Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi S60, sebuah sedan yang dikatakan sebagai ‘sebuah kereta pemandu sebenar’ oleh Volvo.

Ia menggabungkan binaan casis yang dibina untuk pendalian dinamik dan powertrain yang cekap dan berkuasa.



Volvo S60 serba baharu ini hadir di Malaysia dalam varian T8 R-Design, iaitu menggunakan teknologi T8 Twin Engine AWD hibrid plug-in.

Enjin

Pakej ini terdiri daripada enjin 2.0-liter 4-silinder turbo dan supercharge, dan motor elektrik yang mampu menghasilkan jumlah output sistem sebanyak 407hp pada 5,700rpm dan 640Nm pada 1,200-5,400rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

Ini mampu memberikan pecutan dari pegun ke 100km/j dalam 4.4 saat dan kelajuan maksima 250 km/j. Volvo mendakwa S60 T8 ini mempunyai kecekapan bahan api sebanyak 2L/100km.

Terdapat juga pilihan mod pemanduan, Dynamic Chassis, sistem pacuan semua roda AWD dan Electric Rear Axle Drive (ERAD).

Volvo S6 dibina di atas platform SPA (Scalable Product Architecture), serta teknologi keselamatan dan infotainment dari model tertinggi iaitu siri 90 (S90 dan V90) dan XC60.

Dari segi penggayaan luaran, ia dilengkapi gril R-Design, lampu depan LED dengan lampu tinggi aktif, lampu belok aktif dan DRL LED, ekzos berkembar, cermin sisi hitam, dan rim aloi 19-inci 5-cabang berserta tayar 235/40.

Lima warna boleh dipilih; Fusion Red Metallic, Crystal White Pearl, Pebble Grey Metallic, Onyx Black Metallic dan Birch Light Metallic.

Volvo berkata S60 merupakan model paling mewah pernah dibinanya. Ia menggabungkan penggunaan bahan mewah serta sporti dari R-Design.

Kelengkapan dalaman ini terdiri daripada papan pemuka dengan kemasan R-Design, permaidani R-Design, tempat duduk R-Design bersalut kulit atau tekstil Nubuck, pedal sports R-Design, tombol gear R-Design, kluster instrumen digital dengan Head-Up Display, sistem penghawa dingin dwi-zon, dan sistem kawalan kualiti kabin Clean Zone.

Unit hiburan disokong oleh skrin 9-inci Sensus Connect dengan sambungan Apple Carplay dan Android Auto, 2 port USB dan sistem audio premium Harman Kardon dengan 14 pembesar suara.

Sebagai sebuah Volvo, tidak lengkaplah ia tanpa ciri keselamatan termaju dan canggih. Volvo S60 ini mendapat pakej keselamatan Intellisafe Preventive Safety, Protective Safety dan Child Safety.

Ia boleh menjadi milik anda pada harga RM295,888 (atas jalan tanpa insurans) dan akan mula berada di bilik pameran sah Volvo bermula esok.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here