Lamborghini hypercar V12 sedang bangunkan, untuk litar sahaja

1307

Nampaknya tidak cukup dengan memegang rekod dunia untuk kereta produksi terpantas di Nurburgring, Lamborghini kini dikatakan sedang membangunkan sebuah model Lamborghini hypercar V12 yang lebih pantas dan berkuasa.

Ianya sebuah hypercar untuk kegunaan litar sahaja, dibangunkan oleh divisyen sukan permotoran jenama itu, iaitu Squadra Corse.



Lamborghini hypercar V12 akan dilancarkan tahun depan, tetapi Lamborghini cukup baik hati untuk menunjukkan sedikit video teaser (acah) kereta itu.

Dari video itu, dapat kita lihat spoiler gentian karbon belakang yang besar, skup bumbung (juga dari gentian karbon) untuk menyalurkan udara ke enjin, dan berbagai lagi elemen aerodinamik di badan.

Ciri lain yang dapat dilihat ialah rim dengan nut kunci tunggal ala perlumbaan, tayar Pirelli dan brek Brembo yang cukup besar.

Terdapat juga grafik “63” di badan yang menunjukkan tahun kelahiran Lamborghini – 1963 – yang juga terdapat pada Aventador SVJ 63.

Bercakap mengenai Aventador, sudah pasti hypercar ini akan diasaskan dari model itu, maka ia akan mendapat enjin 6.5-liter V12 naturally-aspirated.

Hasilnya ialah 830hp, iaitu 60hp lebih dari Aventador SVJ, dan semua kuasa akan disalurkan ke roda melalui transmisi perlumbaan sequential Xtrac 6-kelajuan. Transmisi ini menggantikan unit ISR 7-kelajuan pada model jalanan biasa.

Dengan itu, bolehlah kita jangkakan model ini akan mencatatkan masa di Nurburgring lebih pantas dari 6:44.97 yang dicatat oleh Aventador SVJ.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here