Yamaha WR 155R sedia untuk bersaing dengan KLX dan CRF 150

9136

Dengan tema The Real Adventure Partner, Yamaha WR 155R diperkenalkan untuk memeriahkan pasaran motosikal 150cc. Mempunyai pelbagai kelebihan, motosikal dari pengeluar automotif Jepun ini dikatakan dapat digunakan untuk aktiviti-aktiviti mencabar.

Untuk bahagian enjin, Yamaha WR 155R menggunakan enjin berkapasiti 155cc, liquid cooled, disertakan dengan teknologi VVAĀ  yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 16.5hp pada 10,000 rpm dan 14.3Nm tork pada 6.500 rpm.



Bagi sistem penggantungan hadapan, motosikal pengeluar dari Jepun ini dilengkapi dengan suspensi telescopic 41 mm yang membuatkan ia selesa untuk digunakan semasa memandu di jalan off road.

Bagi sistem penggantungan belakang, WR 155R disokong oleh pautan jenis monocross bertekanan yang dilengkapi dengan minyak dan boleh dilaraskan seperti yang dikehendaki oleh pemandu.

Untuk meningkatkan keupayaan dengan semua keadaan jalan raya, jentera ini menggunakan tayar jenis dual purpose.

Untuk bahagian rangka, WR 155R menggunakan jenis semi double cradle. Di samping itu, model ini juga dilengkapi dengan speedometer LCD pelbagai fungsi dan lampu amaran.

Wavy double disc brake, kapasiti tangki yang besar yang mencapai 8.1 liter. Tempat duduk gaya siri YZ menjadikan motosikal ini lebih selesa untuk dipandu.

Terdapat dua warna yang disediakan iaitu Yamaha Blue dan Yamaha Black. Yamaha WR 155R dipasarkan pada harga sekitar RM10,928. Harga ini khusus untuk tempahan dalam talian.

15 KOMEN

  1. assalam & salam sejahtera,
    penerangan fakta tuan amat menarik.
    bilakah dianggarkan perlancaran motosikal yamaha wr 155 r ini di malaysia?

    • Terima kasih. Jujurnya, kami belum ada maklumat bila ia akan dilancar. Kami akan siarkan artikel berita sebaik sahaja kami dapat tahu bila ia akan dilancar nanti.

  2. Saya minat sangat dengan wr155 bila nak kluar niišŸ˜­Klau dah kluar nak tahu kedai mana yg ada

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here