Suzuka Northern Drift Challenge 2019 – Platform drifter otai dan amateur asah bakat

2910

Suzuka Northern Drift (SND) Challenge 2019 telah diadakan baru-baru ini di tapak MBI Desaku Kulim, Kedah. Acara ini ialah salah satu dari 10 acara permotoran di bawah acara lebih besar iaitu Karnival Permotoran Kedah 2019.

SND Challenge ini merupakan siri terakhir Northern Drift 2019. Sekitar 34 orang drifter telah mendaftarkan diri untuk bertanding dalam tiga kategori – Rookie, Novice dan Expert.



Apa yang menarik ialah siri drift kali ini telah menarik minat drifter profesional yang pernah menempa nama di peringkat antarabangsa untuk turut sama memberi cabaran.

Seperti siri yang lepas, pemilihan Loyai Hanizam sebagai juri seakan sudah menjadi tradisi, menepati kriteria sebagai seorang yang berpengalaman bukan sahaja sebagai juri, tetapi beliau juga drifter.

Loyai kali ini bergandingan dengan Azwan Usop yang juga merupakan seorang drifter terkenal di kalangan scene sukan ini.

Dianggarkan hampir 10,000 orang pengunjung hadir menyaksikan drift kali ini. Acara dimulakan seawal 7.00 pagi dengan sesi penyesuaian litar dan jentera masing-masing. Ibarat panaskan badan.

Kemudian acara diteruskan dengan sesi kelayakan dimana semua peserta mula diadili dan diberi pemarkahan oleh para juri.

Di peringkat seterusnya, para drifter yang layak telah meneruskan acara di cabaran kalah mati. Ujian telah berubah dari perseorangan kepada side-by-side atau tandem drift.

Selepas rehat tengahari, acara diteruskan di sebelah petang sebelum juri mengadili dan memilih pemenang secara muktamad. Penyampaian hadiah seterusnya diadakan di sebelah malam.

Pihak penganjur dan peserta rata-rata berpuas hati dengan penganjuran SND Challenge 2019 ini. Penganjur juga berharap akan ada muka-muka baharu serta lebih banyak penyertaan di masa akan datang bagi memeriahkan lagi sukan permotoran di Malaysia.

Teks/gambar: Raziman Sipico

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here