McLaren XP cuma ada tiga unit di dunia, apa kelebihannya?

1509

McLaren mempunyai supercar terbaharu dengan unit yang sangat terhad. Hanya tiga unit dan hanya dijual di California, Amerika Syarikat.

Dipetik dari Liputan6.com, kereta edisi terhad ini dinamakan McLaren XP. Nama XP telah diambil dari Experimental Prototype atau versi ujian. Supercar ini dibuat oleh McLaren Special Operation (MSO).



Setiap McLaren XP direka menggunakan tema untuk menghormati pemandu F1 Ayrton Senna yang meninggal dunia pada tahun 1994.

Ketiga-tiganya menggunakan gentian karbon yang dicat dengan bendera kebangsaan untuk perlumbaan Grand Prix di seluruh dunia.

MSO berkata, pengeluaran setiap McLaren XP mengambil masa 780 jam. Setiap daripada mereka mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan nama yang berlainan.

Pertama, Master of Monaco XP direka untuk meraikan kemenangan enam kali Senna di Monaco dari 1989 hingga 1993. Master of Monaco XP mempunyai warna luaran merah putih dengan ruangan dalam yang bewarna merah.

McLaren XP

Jentera yang kedua ialah Lap The Gods XP, menggambarkan ketika Senna berlumba dari posisi ke-5 ke posisi pertama di Donington Park. Lap The Gods XP dicat merah dan biru.

McLaren XP

Jentera yang ketiga ialah Home Victory XP yang dicat dengan warna kuning dan hijau melambangkan Brazil yang merupakan kampung halaman Senna. Ia juga menandakan ulang tahun pertama kemenangan Senna pada tahun 1991.

McLaren XP

Jentera ini dijual dengan harga USD 1,435,328 atau bersamaan dengan RM5,963,070.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here