Subaru Forester STI dan Impreza STI tampil karakter lebih sporty

1949

Subaru Technica International bukan sahaja bakal bakal menyajikan anda dengan edisi terhad WRX STI S209 di Detroit Auto Show, malah bakal menayangkan rupa baharu untuk dua model di Tokyo Auto Salon.

Ia membabitkan model Forester STI dan Impreza STI yang tampil berwajah baharu dan bakal dilancarkan di Tokyo, Jepun pada Januari ini.



STI bukanlah asing bagi Forester versi dinaik taraf. Ciri terbaru pada kenderaan kompak crossover mengetengahkan konsep yang lebih aerodinamik pada badannya.

Selain itu, hadir warna Fighter Gray, rim 19 inci dan kalipar enam omboh Brembo pada bahagian hadapan. Pastinya hasil sentuhan STI pada crossover itu cukup menarik untuk dipertonton kepada orang ramai.

Satu lagi konsep terbaru yang bakal diperkenalkan oleh Subaru Techica International menerusi model Impreza. Ia hadir dengan pelbagai rekaan khas pada bahagian luaran dan dalam kenderaan tersebut.

Model ini juga menggunakan konsep aero dan beberapa perubahan pada visual kenderaan tersebut. 

Subaru mengatakan bahawa ruang kabin kereta ini menggunakan Bordeaux dengan bahan yang berkualiti. Nantikan sahaja perubahan wajah yang bakal dibawa oleh Subaru itu nanti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here