TAS 2020: Suzuki Jimny Dronco dan Suzuki Jimny Marine Edition pasangan unik

2471

Suzuki Jepun telah mengumumkan Suzuki Jimny Marine Edition dan Suzuki Jimny Dronco yang dipamer di Tokyo Auto Salon 2020.

Suzuki Jimny Dronco

Pengubahsuaian Suzuki Jimny Dronco dibuat untuk memperingati SUV lagenda, Ford Bronco dari tahun 1960-an.



Proses pengubahsuaian Suzuki Jimny Dronco telah diusahakan oleh sebuah bengkel di Jepun bernama Dream Automotive Design and Development (DAMD). Oleh itu, lambang pada gril jentera ini bukan logo Suzuki, tetapi lambang DAMD.

Tokyo Auto Salon 2020

Kerana itu, Suzuki Jimny Dronco dilengkapi dengan gril baru dan bampar yang lebih tebal dengan cita rasa yang lama. Bahagian ini juga dilengkapi dengan aksen krom terkenal pada masa itu. Fender telah dikeluarkan supaya jentera ini kelihatan lebih ramping.

Bampar di belakang juga diubahsui sehingga menampakkan ia lebih sederhana dan ringkas. Di samping itu, tangga juga dipasang di bahagian belakang untuk memudahkan pemandunya naik ke bahagian bumbung. Roda aloi Suzuki Jimny asal yang kelihatan moden juga digantikan dengan rim timah dan disertakan dengan tayar dual-purpose.

Tokyo Auto Salon 2020

Tidak ada perubahan di bahagian enjinnya. Suzuki Jimny Dronco masih dikuasakan oleh enjin K15B 4 silinder 1,462 cc yang mampu menguasakan sehingga 100hp dan 130Nm tork. 

Suzuki Jimny Marine Style

Suzuki Jepun telah memaparkan gambar Suzuki Jimny Marine Style yang sedang dipamerkan pada Tokyo Auto Salon 2020. Pengubahsuaian ini direka bentuk sebagai kenderaan rekreasi yang matang dan canggih. Kesan ini terbukti daripada pelbagai perubahan yang dibuat.

Tokyo Auto Salon 2020

Bahagian luarnya kelihatan lebih garang hasil daripada bampar dan gril hitam serta keluli skid-plat dilengkapi dengan 2 cangkuk. Beralih ke bahagian sisi, terdapta tayar all-terrain dan side-step yang baru.

Suzuki Jimny Marine Style juga dilengkapi dengan kotak bumbung khas yang kelihatan bersambung dengan bumbung. Di kedua-dua sisinya terdapat 2 tiub yang berfungsi sebagai tempat menyimpan joran.

Tokyo Auto Salon 2020

Masih di bahagian bumbung, jentera ini disertakan dengan lampu LED sebagai pencahayaan tambahan. Bandannya diwarnakan dengan warna biru gelap dengan aksen biru terang di bonet hadapan dan warna matte hitam di bahagian belakang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here