Jentera baru Formula E diperkenal dengan perubahan bentuk luaran, bakal diguna pada 2021

1941

Acara Formula E telah memperkenalkan kemunculan kereta lumba elektrik baru yang beri nama Gen2EVO. Jentera ini akan digunakan untuk kejuaraan musim 2021.

Dilihat dengan samar-samar, seolah-olah tidak banyak perubahan ketara pada jentera ini berbanding dengan generasi terdahulu.



Tetapi jika diperiksa lebih mendalam, anda akan mendapati beberapa butiran yang menjadi perbezaan dari jentera ini.

Perbezaan paling jelas adalah bahagian belakang kereta.

Kewujudan komponen seakan sirip ‘ikan yu’ di bahagian belakang ini mengingatkan kita pada kereta Formula 1 pada tahun 2017 yang mempunyai komponen seakan ‘sirip yu’ yang berbentuk sangat tajam.

Selain itu, spoiler belakang jentera ini juga mengalami perubahan yang sangat ekstrim di mana sebelum ini ia kelihatan lebih dekat dengan tayar. Kini, spoiler baru direka semakin dekat dengan titik tengah pada bahagian belakang kereta.

Formula E

Terdapat juga perubahan di bahagian hadapan di mana spoiler hadapan dibuat untuk menyerupai spoiler belakang.

Keadaan tayar tidak lagi tertutup seperti jentera generasi terdahulu.

Formula E

“Gen2EVO hadir sebagai kereta perlumbaan yang paling mudah dilihat di litar perlumbaan, dan seperti nama yang sama, Gen2EVO adalah evolusi seterusnya dengan reka bentuk yang khas,” kata Alejandro Agag, bos Formula E.

Formula E

“Seperti yang dilakukan pada jentera generasi pertama, Gen2EVO disertakan bodywork dengan profil yang berbeza, yang menjadikannya lebih lincah,” jelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here