Proton tutup operasi 18 hingga 31 Mac 2020 susulan Perintah Kawalan Pergerakan

2412

Berikutan pengumuman Perintah Kawalan dari 18 hingga 31 Mac 2020 yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Proton mengumumkan bahawa ia akan menurut arahan kerajaan.

Semua aktiviti perniagaan syarikat itu akan mengikut garis panduan yang dikeluarkan. Maka, semua aktiviti yang melibatkan pelanggan seperti jualan dan servis selepas jualan akan dihentikan buat sementara waktu.



Buat masa ini, operasi pengeluaran di kilang Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam juga dihentikan serentak dalam usaha menangani penyebaran wabak virus Corona (COVID-19).

Harus dipastikan bahawa operasi syarikat nasional itu akan kembali seperti sedia kala sebaik sahaja diberi kebenaran oleh kerajaan Malaysia. Buat masa ini, Proton mengatakan bahawa langkah-langkah ini adalah penting kerana keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan.

Untuk kes kecemasan seperti kerosakan atau kemalangan, sila hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-888-398 untuk bantuan (beroperasi 24 jam).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here