Kereta pertama di dunia yang gunakan penghawa dingin, suatu ciri mewah dan bukan keperluan asas

4550

Penghawa dingin kereta adalah bahagian yang paling penting dan perlu ada pada sesebuah kereta pada hari ini. Tahukah anda bahawa penghawa dingin pertama yang digunakan pada kereta adalah suatu pilihan?

Tapi ye lah kan, pada masa itu penghawa dingin seperti satu kemewahan, dan bukan keperluan. Ibarat tempat duduk berkuasa atau paparan heads-up display pada hari ini.

Syarikat Packard adalah yang pertama memperkenalkan penghawa dingin di dalam kereta mereka.

Reka bentuk kereta pada abad ke-19 kebanyakan direka dengan keadaan terbuka ataupun tiada bumbung, membuatkan para pereka tidak memikirkan tentang penambahan alatan untuk peredaran udara.



Walau bagaimanapun, kenderaan dengan keadaan tertutup atau dilengkapi bumbung mula direka dan diperkenalkan pada tahun 1908. Sejak dari itu, para pembuat kereta mula bersaing untuk mencipta sistem peredaran udara yang terbaik untuk kereta.

Pada tahun 1939, salah satu pengeluar kereta pada masa itu iaitu Packard, telah menemui dan mengembangkan sistem penghawa dingin yang sesuai untuk kenderaan.

Walau bagaimanapun, Packard menjelaskan bahawa sistem penghawa dingin tersebut hanya merupakan ciri tambahan dan mereka menyediakannya dari produk aftermarket iaitu Bishop dan Babcock Weather Conditioner

penghawa dingin kereta

Akan tetapi, penggunaan penghawa dingin pada jentera ini agak susah untuk dikendalikan. Selain harganya yang mahal, ianya tidak mempunyai ruangan kawalan di dalam kabin kereta. Jika pengguna ingin mematikan penghawa dingin, mereka perlu mematikan enjin, buka bonet hadapan dan tanggalkan belt yang disambungkan pada kompresor.

Walaupun menjadi kenderaan mewah pada masa itu, Packard gagal mencapai kejayaan dalam penjualan kerana harganya yang mahal. Apabila Perang Dunia Kedua tercetus, ciri mewah ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu. 

Walaupun demikian, dalam catatan American Society of Heating, Refrigating and Air-Conditioning Engineers, antara tahun 1940-1941, sekitar 1,500 buah kenderaan milik Packard dipasang dengan penghawa dingin. Antarnya ialah model 120, Super-Eight 169 dan Custom Super-Eight.

penghawa dingin kereta

Permintaan untuk teknologi ini meningkat selepas Perang Dunia Kedua. Ditambah pula dengan sistem kawalan suhu yang disertakan, kereta pada masa tersebut diiklankan dengan penggunaan kawalan suhu penyaman udara. Pada masa itu, penambahan penghawa dingin memerlukan kos sekitar USD495 (RM2,163).

Pada masa lalu, tujuan membeli penghawa dingin kereta adalah untuk mencipta produk unggul yang merangkumi sisi eksklusif sesebuah kenderaan. Tetapi sekarang, penghawa dingin telah menjadi keperluan asas dalam sesebuah kenderaan.

Penghawa dingin kereta telah berkembang dengan banyak sejak sistem penyejukan yang selesa dipasang di Packard 1939. Banyak perubahan telah dilakukan, mulai dari efisiensi bahan bakar, aspek persekitaran, peningkatan keselesaan dan kesihatan penumpang. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here