Acah samseng jalanan, tiga ditahan polis kerana terlibat perlumbaan haram

1623

Akibat melakukan aksi samseng jalanan dengan mengadakan perlumbaan haram, tiga lelaki ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Eco Hill, Semenyih, semalam.

samseng jalanan

Dalam operasi bermula 11 malam hingga 8 pagi itu, tiga lelaki berusia 30 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi kerana memandu laju sambil melakukan aksi bersaing sesama sendiri.



Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, mereka ditahan apabila mahu memulakan perlumbaan sambil deruman bunyi enjin kuat.

“Ketiga-tiga kereta berkenaan terus memecut dengan melakukan aksi bersaing sesama sendiri menghala ke arah Linkaran Eco Hill 2 dan membuat pusingan sebanyak dua kali dan berhenti semula di bulatan Lingkaran Eco Hill 2 Selatan.

“Hasil siasatan mendapati, 15 minit kemudian tiga kereta berkenaan berhenti di bulatan Linkaran Eco Hill 2 dalam keadaan baik dan selamat sebelum polis membuat tangkapan terhadap suspek sambil memperkenalkan diri sebagai pegawai polis,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, pihaknya juga menyita kenderaan mereka dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 61 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu dalam kes berasingan Mohd Nadzri memaklumkan, pihaknya turut menyita tiga kereta Honda Accord pada 1.15 pagi.

“Kita mendapati tiga kereta yang dipandu oleh dua lelaki dan seorang wanita datang dari arah Plaza Tol Eco Hill menghala ke Beranang dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati nombor enjin asal tidak sama dengan nombor enjin kereta yang tertera di kesemua kenderaan tersebut,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here