Macau scam: Lebih 20 kenderaan termasuk mewah, sport dan supercar disita

3340

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penangkapan beberapa individu yang difahamkan terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian iaitu Macau Scam.

macau scam

Macau Scam merupakan satu sindiket yang menawarkan perkhidmatan cabutan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, penyamaran sebagai pegawai polis, agensi kerajaan, pegawai bank negara dan bank komersial.



Sehubungan dengan itu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mengesan dan menahan beberapa individu, dan membekukan 750 akaun membabitkan nilai RM75 juta.

Sindiket ini juga menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

macau scam

Selain itu rumah dan beberapa buah kereta mewah serta motosikal juga turut disita bagi membantu siasatan.

Antara jenama kenderaan mewah tersebut ialah Rolls-Royce, Lamborghini, Nissan, Lexus, Chevrolet, Toyota, Ford, Mercedes, Subaru, Audi, Harley-Davidson dan lain-lain.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here