Mat motor ‘berarak’ tolak motosikal masing-masing sejauh 6 kilometer ke balai polis

2914

Ubahsuai atau bahasa mudahnya ‘modi‘ atau ‘modify‘ adalah perkara biasa kita dengar dalam permotoran. 

Tidak kira samada motosikal atau kereta, sesebuah modify perlulah dipatuhi dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ).



Baru-baru ini, seramai 98 penunggang terpaksa menolak motosikal masing-masing kira-kira sejam untuk sampai ke Balai Polis Batu Kurau.

Hal ini berlaku selepas mereka yang berusia antara 13 hingga 20 tahun ditahan dalam Op Samseng Jalanan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

tolak motosikal

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Taiping dibuat di Jalan Besar Jelai berdekatan Kampung Jelai bermula 5 petang.

Katanya, sebanyak 42 motosikal disita, selain 134 saman dikeluarkan dalam operasi itu.

tolak motosikal

Sebanyak 98 motosikal difahamkan diperiksa dalam operasi ini, namun tiada tangkapan dibuat bagi mana-mana peruntukan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, begitu juga bagi kesalahan lain seperti jenayah dan narkotik.

Kesemua yang ditahan dikatakan terpaksa menolak motosikal kira-kira enam kilometer dari lokasi operasi berhampiran Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Jelai dan sering menjadi tumpuan ‘mat motor’.

tolak motosikal

Antara kesalahan yang dipercayai dilakukan adalah modifikasi keterlaluan khususnya pada bahagian ekzos, tiada nombor plat pendaftaran, serta nombor plat tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here