Utama Berita Automotif Berita Tempatan Lelaki ditahan kerana pandu kereta dengan melulu hingga rempuh pintu masuk Masjidil...

Lelaki ditahan kerana pandu kereta dengan melulu hingga rempuh pintu masuk Masjidil Haram

1989

Seorang lelaki ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi selepas dia bertindak memecut keretanya hingga melanggar pintu masuk Masjidil Haram, Mekah. 

Masjidil Haram

Berdasarkan video yang tular, kereta tersebut dilihat dipandu dengan laju melepasi penghadang jalan dan kemudian merempuh salah satu pintu masuk masjid.



Kejadian ini difahamkan berlaku pada pukul 10 malam waktu tempatan dan tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam.

Menurut jurucakap gabenor wilayah Mekah, Sultan al-Dosari, kenderaan tersebut dipandu laju di kawasan dataran selatan Masjidil Haram sebelum merempuh pagar di kompleks masjid.

Sejurus kejadian tersebut, anggota keselamatan bergegas ke lokasi kejadian dan menutup kawasan tersebut.

Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menahan lelaki warga Arab Saudi itu untuk siasatan lanjut.

Menurut pegawai penyiasat, pemandu berkenaan berada dalam keadaan yang ‘tidak waras’.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here