Lelaki baru bercerai ditahan selapas larikan MPV polis

2114

Tekanan perasaan kadangkala akan menyebabkan seseorang bertindak di luar jangkaan sekiranya tidak mampu mengawalnya. Begitulah kisah mengenai lelaki yang tertekan kerana baru sahaja bercerai dengan isteri.

Ia juga difahamkan antara punca dia bertindak di luar kawalan dengan melarikan sebuah kereta peronda polis (MPV) milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak pada Jumaat.



Dalam kejadian jam 7.28 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun terbabit dikatakan cuba membawa diri merentas negeri ke Kuala Lumpur, namun tidak mempunyai surat kebenaran polis.

Bagi membolehkannya melepasi sekatan jalan raya, difahamkan dia bertindak nekad menggunakan kenderaan polis bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa.

mpv polis

Bagaimanapun tindakan lelaki itu memandu keluar MPV berkenaan dari perkarangan balai disedari pengawal di pondok polis sebelum berjaya ditahan di pintu masuk tol Taiping Utara.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, lelaki terbabit dikesan memasuki kawasan IPD Taiping dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Fiesta.

Lelaki itu kemudian telah membawa lari MPV polis dan meninggalkan keretanya di kawasan parkir IPD Taiping.

Dia bagaimanapun berjaya ditahan di Tol Taiping Utara tidak lama selepas kejadian dan dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here