Super KIP mungkin beralih kerjaya sebagai penternak lembu

1415

Sepanjang bergelar pelumba, Khairul pernah dua kali menaiki podium sebagai juara dalam Moto3 pada 2016 di Argentina dan Jerman. 

Beliau juga menjadi pelumba pertama Malaysia apabila lagu Negaraku dinyanyikan pada pentas acara terkemuka itu.

Namun, kerjaya Khairul Idham Pawi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia dalam saingan Moto3 berakhir selepas tamatnya Grand Prix Portugal minggu lalu.



Ini kerana, kontraknya bersama Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) tidak lagi disambung.

super kip

Ia menjadi pengakhiran mengecewakan buat pelumba itu selepas apa yang diusahakan selama ini oleh ayahnya, Pawi Omar berakhir dengan cara paling tidak diingini.

Pawi dalam Harian Metro berkata, dia cuba memujuk Khairul Idham atau lebih dikenali dengan Super KIP untuk meninggalkan dunia permotoran dan beralih kerjaya sebagai penternak lembu.

Ia bukan gurauan, malah Super KIP ketika bersiaran di laman sosial Instagram baru-baru ini turut memaklumkan dia mungkin beralih angin menjadi petani dengan menanam pisang.

Kata Pawi, dia kecewa dengan apa berlaku dan selepas bergolok-gadai dan diisytiharkan muflis, malah sehingga KIP mengorbankan jarinya, namun kerjaya anaknya itu berakhir dengan cara tidak disangka pada usia 22 tahun.

super kip

Khairul kini berada di tanah air dan menjalani proses kuarantin wajib di salah sebuah hotel di ibu negara.

Dia dijangka pulang ke kampung halaman, Batu Gajah, Perak pada 7 Disember depan selepas tamat tempoh itu.

Kata Pawi, Khairul mungkin bertukar kerjaya dan beliau cuba pujuk anaknya untuk tinggalkan perlumbaan dan mulakan hidup baharu.

“Saya sangat kecewa dengan SRT, termasuk Khairul. Saya tak pernah lihat dia betul-betul kecewa seperti hari ini. SRT tak bagi dia peluang. Masa di Moto2 dia jatuh cedera dan berehat panjang tukar ke Moto3. Jatuh lagi dan cedera lagi sehingga potong jari.

“Sebenarnya perkhabaran khidmat Khairul ditamatkan itu saya tahu sejak Julai. Sudah ada khabar angin bertiup. Sebelum dia potong jari dan kalau dah tahu begitu, kenapa mereka suruh dia potong jarinya, kata Pawi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here