Penguatkuasaan khas ke atas trak pikap – JPJ Pulau Pinang

1585
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan khas ke atas trak pikap di sekitar Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang.
penguatkuasaan trak pikap
Penguatkuasaan khas ini diadakan selama lima hari bermula 7 hingga 11 November 2020, dengan memberi tumpuan pelbagai kesalahan serta memastikan pemandu dan pemilik trak pikap mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.
 
Sebanyak 305 buah trak pikap telah diperiksa, dan daripada jumlah itu 73 buah telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.
penguatkuasaan trak pikap
Antara kesalahan tersebut ialah seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insuran, gagal patuhi lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, penggunaan cermin gelap tanpa mengikut spesifikasi dibenarkan, nombor pendaftaran fancy, memasang ‘strobe light‘ dan pengubahsuaian tanpa kebenaran.
 
Pemandu dan pemilik trak pikap juga dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang- undang serta sebarang pengubahsuaian kenderaan perlu mendapat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here