Dua kenderaan rosak ditimpa bancuhan simen ketika lalu bawah jambatan

1416

Dua kenderaan mengalami kerosakan selepas ditimpa bancuhan simen ketika melalui bawah jambatan lebuh raya yang dalam pembinaan di Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

kenderaan ditimpa simen

Toyota Rush dan Toyota Vellfire itu masing-masing mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat ditimpa bancuhan simen yang jatuh pada jam 1.130 tengah hari.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, kejadian berlaku di jalan bandaran di laluan berkenaan yang mempunyai dua lorong sehala.

kenderaan ditimpa simen

“Ketika kejadian, satu lorong di lorong ditutup untuk pembinaan dan dua kenderaan terbabit sedang bergerak secara perlahan di bawah lokasi pembinaan jambatan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

“Bancuhan simen berkenaan jatuh daripada atas jambatan yang dalam pembinaan itu dan menyebabkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan namun tiada kecederaan dilaporkan, katanya.

Tambah Zulkefly, seorang lelaki warga Indonesia yang memandu Toyota Vellfire, sudah tampil membuat laporan, bagaimanapun seorang lagi pemandu masih belum berbuat demikian.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana – mana balai polis berhampiran.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here