Larangan penggunaan skuter elektrik di jalan raya Kuala Lumpur bermula 1 Januari 2021

2028

Penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya atau kawasan selain yang digazetkan di Kuala Lumpur adalah dilarang bermula 1 Januari 2020.

Individu yang ingkar akan arahan ini bakal berdepan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, penggunaan skuter elektrik hanya dibenarkan di tempat yang digazetkan seperti di taman-taman permainan, kawasan penjalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara.

“Penunggang skuter elektrik tidak dibenarkan untuk menggunakannya di atas jalan raya kerana ia menganggu pengguna jalan raya yang lain, boleh mendatangkan bahaya atau terlibat kemalangan, kata Zulkefly.

“Pihak polis sedang memantau orang ramai yang bermain skuter itu di atas jalan raya dan setakat ini, kami tidak mengambil tindakan dan hanya menasihatkan dahulu sebelum tindakan mula dikenakan pada 1 Januari depan, tambahnya.

skuter elektrik kuala lumpur

Bagi penunggang yang mahu menggunakan skuter elektrik atas jalan raya, mereka perlu memohon lesen kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Zulkefly berkata, selepas dikuatkuasakan, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 54 APJ 1987 dengan kesalahan pertama didenda sebanyak RM300 dan kesalahan kedua, boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara tiga bulan.

Penggunaan skuter elektrik mula diperkenalkan pada Mei lalu dan kini menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat kerana ia memudahkan pergerakan khususnya mereka yang berjalan kaki dan menaiki pengangkutan awam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here