Poimo, skuter elektrik yang boleh dikembang dan dikempis

1375

Sebuah organisasi penyelidikan, Mercari R4D dan satu pasukan termasuk pelajar dari Universiti Tokyo telah bersama-sama mencipta skuter elektrik yang dapat dikembang dan dikempis.

skuter elektrik dikembang dikempis

Dikenali sebagai Poimo (Portable and Inflatable Mobility), skuter elektrik ini terdiri dari badan yang diperbuat dari poliuretana termoplastik (TPU) dan komponen seperti hendal, roda, bateri dan motor elektrik.



Badan skuter elektrik ini dapat dikempiskan dan dikembangkan dalam beberapa minit, dengan menggunakan satu pam angin yang kecil. Direka untuk perjalanan yang pendek, Paimo cukup mudah untuk dikempiskan, dilipat, diletakkan di dalam beg dan dibawa kemana sahaja.

Poimo dikatakan merupakan hasil perkembangan teknologi robotik lembut dan mobiliti peribadi, dimana para penyelidik memanggilnya soft mobility.

Skuter elektrik ini memiliki berat 55kg, dan hanya mampu ditunggang oleh seseorang yang mempunyai berat tidak lebih dari 80kg. Prestasinya cukup stabil dan sangat selamat ketika ditunggang kerana ianya diperbuat dari bahan yang lembut.

Walaupun begitu, skuter elektrik ini hanya sebuah konsep dan memerlukan pengembangan lebih lanjut untuk menjadi skuter masa depan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here