Tersangkut di pintu pusat jualan, sebuah Dodge Challenger gagal dicuri

2364

Kes kecurian kereta di Amerika Syarikat kini kian membimbangkan. Kejadian ini berikutan demonstrasi yang dibuat oleh sesetengah penduduk, berikutan kematian George Floyd disebabkan oleh pegawai polis Minneapolis.

Baru-baru ini, sebuah Dodge Challenger hampir dicuri di pusat jualan Auffenberg Chrysler Jeep, O’Fallon, Amerika Syarikat. Namun, menurut gambar yang dikongsi oleh pekerja pusat jualan tersebut, kereta tersebut gagal dicuri dan dibawa keluar kerana dihalang oleh bingkai pintu.



Seperti dalam filem, pencuri tersebut dipercayai ingin memecahkan pintu pusat jualan tersebut melalui rempuhan menggunakan kereta yang ingin dicuri tetapi gagal. Lebih menyedihkan, bukan sahaja kereta gagal dicuri, malah pencuri tersebut terpaksa melarikan diri dengan berjalan kaki dari pusat jualan tersebut.

 Dodge Challenger

Pegawai polis yang mengendalikan kes ini, Dave Matevey berkata pencuri tersebut dipercayai memasuki pusat jualan dengan memecahkan pintu utama pusat jualan.

Pencuri dipercayai hanya mahukan Dodge Challenger, berdasarkan keadaan kereta lain yang tidak diambil dan tidak rosak.

Matevey menambah, kerana demonstrasi berskala besar di Amerika Syarikat, satu siri kecurian kereta berlaku di wilayah tersebut, salah satunya adalah kereta Dodge Challenger ini.

Dia mengesyaki kejadian ini saling berkaitan walaupun setakat ini kes tersebut belum didedahkan dan pihaknya sedang menyiasat mencari petunjuk dan mengumpul maklumat lebih lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here