Ni bukan pekerja biasa-biasa, ini boss besar Shell Malaysia ya! Siap tolong isi minyak pelanggan lagi

1108

Apa yang anda lihat, ini bukannya pekerja biasa-biasa di stesen minyak Shell.

Kelibat lelaki dalam gambar ini adalah orang besar dalam syarikat minyak gergasi terkemuka itu iaitu Shairan Huzani Husain.

Bagi yang tidak mengenalinya, beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd.

Guess who..?Bukan staff forecourt biasa.MD of Shell Malaysia Trading aka Pakcik Shell (Follow his IG : Pakcik…

Posted by Reza Zainal on Saturday, June 13, 2020

Dalam gambar yang disiarkan akaun Facebook di Reza Zainal, beliau sedang membantu mengisi minyak sebuah motosikal yang berkunjung di sebuah stesen minyak Shell.

Melihat apa yang dilakukannya, beliau kelihatan begitu rendah diri dan ramah ketika bertemu dengan pelanggan.

Difahamkan, beliau kerap turun padang dengan melawat ke stesen minyak di bawah jenama berkenaan.

Sebelum ini, Shairan Huzani pernah membuat kejutan selepas berjumpa dengan seorang pelajar yang mengambil keputusan SPM yang memakai baju Shell.

Sementara menunggu keputusan SPM keluar, remaja itu dikatakan melakukan bekerja sambilan di sebuah stesen pam minyak.

Tanpa disangka-sangka, namanya dipanggil untuk naik ke pentas kerana berjaya meraih keputusan 5A dalam SPM 2019.

Amir juga turut dilihat memuat video dirinya naik ke atas pentas untuk menerima slip keputusan SPM miliknya tular dengan lebih 700,000 tontonan di laman Twitter.

Baca artikel ini: 

>> Ambil ‘result’ SPM 5A pakai baju Shell, remaja terima kunjungan bos Shell!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here