Ambil ‘result’ SPM 5A pakai baju Shell, remaja terima kunjungan bos Shell!

3852

Tanggal 5 Mac 2020 merupakan detik bersejarah dan juga mendebarkan buat calon-calon SPM 2019, kerana keputusan untuk segala penat lelah dan usaha mereka akan terbukti pada hari kejadian.

Selain berdebar menunggu keputusan SPM, perkara yang dititik-beratkan pada hari tersebut adalah pakaian yang akan dikenakan. Sudah pastinya setiap orang akan datang dengan penampilan yang kemas dan bersesuaian untuk mengambil keputusan peperiksaan mereka.

“Saya nak tuntut penajaan Shell…”



Mencuit hati dan pada masa yang sama sangat membanggakan, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Amir, telah mengambil keputusan SPM miliknya dengan hanya memakai baju kerja.

Sementara menunggu keputusan SPM keluar, remaja ini dikatakan melakukan bekerja sambilan di salah sebuah stesen pam minyak.

Tanpa disangka-sangka, namanya telah dipanggil untuk naik ke pentas kerana berjaya meraih keputusan 5A dalam SPM 2019.

“Aku dah cakap Amir naik…”

Amir juga turut dilihat memuat video dirinya naik ke atas pentas untuk menerima slip keputusan SPM miliknya, yang semasa artikel ini ditulis telah meraih hampir 700 ribu tontonan di laman Twitter, 28 ribu Retweet dan 43.9k ribu Like.

Terima kasih semua

Dihujani dengan ucapan tahniah!

Ramai yang sangat berbangga dengan pencapaian yang dimiliki oleh Amir ini. Malah ruangan komen di Twitter milik Amir ini turut dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah daripada warga netizen.

Terharu tengok dapat keputusan bagus!

Tahniah diucapkan buat semua pelajar yang menerima keputusan SPM pada hari ini. Walaupun ada yang terima keputusan yang tidak memuaskan, buktikan kejayaan anda di masa hadapan.

Terima kunjungan bos Shell!

Setelah tular memakai baju Shell untuk mengambil keputusan SPM, kali ini Amir menerima kunjungan bos Shell pula!

Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, telah turun padang untuk berjumpa dengan Amir.

Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Reza Zainal.

Menurut Reza, En Shairan anak sulung keluarga yang susah di Kelantan berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pertama dalam bidang ekonomi dan selepas itu mengambil sijil professional ICAEW di UK.

Jadi bila dia melihat budak muda yang bersemangat, dia akan turun berjumpa budak itu.

Dari perjumpaan dengan En Shairan itu, Amir turut memuatnaik gambarnya bersama bos Shell dan hadiah-hadiah yang diterimanya.

Salah satu dari hadiah itu adalah koleksi model Ferrari Shell, tetapi bukan yang kita boleh beli di Shell, sebaliknya barisan model yang unik!

Untunglah kamu ya Amir! Semoga lebih berjaya di masa depan dan dapat berbakti kepada ibu-bapa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here