Shell perkenal koleksi terbaharu model Ferrari

2305

Perhatian kepada semua peminat dan pengumpul Ferrari! Shell Malaysia membawakan semual koleksi model Ferrari mereka. Kali ini, ia menampilkan lapan model yang boleh didapati di stesen-stesen Shell seluruh negara.

Dilancarkan awal hari ini, kesemua model itu mewakili sejarah unik masing-masing sepanjang beberapa dekad sejarah Ferrari.



Dua model Ferrari baharu akan dijual di Shell pada setiap dua minggu bermula 1 Julai hingga 8 September 2019. Ia boleh dibeli pada harga RM15.90 setiap satu.

Anda hanya perlu isi bahan api Shell sekurang-kurangnya RM30 dalam satu resit untuk melayakkan anda membeli model-model ini.  

Sudah berada dalam pasaran sejak 1 Julai ialah dua model, iaitu Ferrari 488 Spider dan Ferrari GTB/4.

Koleksi seterusnya adalah Ferrari 250 Testa Rossa dan Ferrari 430 Scuderia (dari 14 Julai), Ferrari 250 GTO dan Ferrari GTO (bermula 28 Julai), dan akhir sekali Ferrari F50 serta Ferrari SF17H (dari 12 Ogos).

Sebagai tambahan, terdapat juga sebuah trak edisi terhad yang berwana merah Ferrari. Trak ini boleh dibuka bahagian trelernya untuk mempamerkan model-model kereta Ferrari ini.

Bagaimana untuk mendapatkan trak ini? Anda akan dapat secara percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra 4-liter yang berharga RM262. Untuk beli trak ini secara berasingan, ia berharga RM99.90.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.shell.com.my/koleksiferrari.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here