Dua lelaki selamba bawa masuk dan parkir basikal dalam kafe

1478

Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal di jalan raya menjadi satu trend baharu rakyat Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan pengguna jalan raya.

Dalam beberapa keadaan, ia juga mendatangkan bahaya kepada pemandu kereta dan penunggan motosikal, serta kepada penunggan basikal itu sendiri.



Walaupun tiada larangan aktiviti berbasikal di jalan raya, penunggang basikal dinasihatkan agar sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan demi menjamin keselamatan semua pihak.

Sebut sahaja aktiviti berbasikal, sesetengah individu tidak kisah menghabiskan ribuan ringgit demi mendapatkan basikal idaman mereka.

basikal dalam kafe

Baru baru ini muncul satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh laman Twitter @amar_zulkifly, memaparkan dua telatah penunggang basikal yang menarik perhatian warganet.

Lengkap dengan topi keledar keselamatan dan topeng muka, dua penunggang basikal ini bertindak membawa masuk dan parkir basikal mereka ke dalam sebuah kafe.

‘Aksi’ dua lelaki ini mendapat perhatian pengunjung lain di kafe tersebut yang terkejut dengan tindakan mereka.

Tidak dapat dipastikan apa tujuan mereka bertindak sedemikian, namun sudah semestinya mereka risau basikal yang mahal itu hilang atau dicuri jika ditinggalkan tanpa pengawasan.

Video tersebut telah mencapai 659k tontonan, 8.7k Like semasa artikel ini ditulis, dan pelbagai komen dari warganet.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here