Lelaki ini ditahan selepas panjat sayap pesawat yang sedia untuk berlepas

1241

Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa setelah memanjat sayap sebuah pesawat Alaska Airlines yang dalam persiapan untuk berlepas.

Pesawat menuju ke Portland tersebut dikatakan sedang bersiap sedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran, Las Vegas, Amerika Syarikat.



Namun, penerbangan ini terpaksa ditunda buat sementara waktu kerana juruterbang membuat laporan kepada menara kawalan setelah menyedari seseorang datang ke arah pesawat tersebut.

sayap pesawat

Menurut kakitangan lapangan terbang, lelaki itu berjaya melompat pagar berhampiran landasan sebelum menuju ke arah pesawat terbabit. Berdasarkan video yang berjaya dirakam, lelaki tersebut dilihat berjalan di atas sayap pesawat.

Dia kemudian menanggalkan sarung kaki dan kasut sebelum cuba menaiki hujung sayap Boeing 737 berkenaan. Bagaimanapun, ketika dihampiri polis, dia meluncur dan terjatuh ke atas landasan.

Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang, Joe Rajchel berkata, lelaki itu ditahan Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas dan pegawai lapangan terbang. Dia kemudian dibawa untuk pemeriksaan perubatan.

Dalam pada itu, Alaska Airlines dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu kemudian berpatah balik ke terminal untuk menjalani pemeriksaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here