Skuter Hanyut, Penunggang Selamat

1199

Skuter jenis Yamaha Ego hanyut dibawa air deras sementara pemiliknya berjaya berpaut pada sebatang pokok.

Kejadian berlaku pada pukul 3 petang semalam menyaksikan seorang lelaki bernasib baik sempat bergayut pada sebatang pokok dalam usaha menyelamatkan diri dari dibawa arus deras di Kampung Ibok,Chukai ,Kemaman.

Insiden yang melibatkan dua orang pemuda 20an berlaku ketika mereka menunggang skuter Ego tersebut meredahi jalan yang dinaiki air. Dipertengahan jalan skuter mereka telah dihanyutkan oleh air yang secara tiba-tiba datang dengan deras.



Rakan lelaki yang bergayut pada pokok tersebut sempat menyelamatkan diri.Insiden tersebut disedari oleh anggota pertahanan Awam (APM) yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja peninjaun di lokasi tersebut.

Menurut Kapten (PA) Mohd Suhaimi Awang, anggota APM telah bertindak pantas dengan mengikat tali ke badan mereka sebelum meredah air deras bagi menyelamatkan mangsa.

Lelaki yang bergayut pada sebatang pokok itu berjaya diselamatkan sementara skuter beliau tidak dapat di kesan kerana dihanyutkan arus deras.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here