Covid-19: Belanda umum semua sekatan penerbangan dari United Kingdom

1196

Kerajaan Belanda mengumumkan larangan dan sekatan bagi semua penumpang penerbangan dari United Kingdom bermula jam 6 pagi hari ini sehingga 1 Januari 2021.

sekatan penerbangan united kingdom

Keputusan ini dibuat setelah kerajaan Belanda menerima maklumat rangkaian baharu pandemik Covid-19 yang menular di United Kingdom ketika ini.



United Kingdom pula turut mengumumkan perintah larangan keluar rumah di sebahagian negara itu bagi membendung jangkitan Covid-19 selepas rangkaian baharu virus dikesan ketika ini.

“Jangkitan bermutasi Covid-19 sedang menular di United Kingdom. Virus itu dikatakan lebih cepat dan mudah merebak serta sukar dikesan, kata Kementerian Kesihatan Belanda dalam satu kenyataan.

Susulan itu, badan kesihatan awam Belanda, RIVM mencadangkan sebarang kemunculan rangkaian virus baharu dari United Kingdom perlu disekat sepenuhnya dengan mengehad dan mengawal kemasukan penumpang pesawat.

sekatan penerbangan united kingdom

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dalam satu kenyataan membuat ‘keputusan pencegahan’ dengan menyekat semua penerbangan dari United Kingdom manakala segala bentuk pengangkutan dari United Kingdom juga akan dikaji semula.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here