Empat penunggang motosikal kemalangan gara-gara lalu jalan licin dengan tumpahan minyak

1786

Di media sosial, tular satu video yang menimbulkan kerisauan warganet apabila beberapa penunggang motosikal mengalami kemalangan.

Kejadian tersebut berlaku pagi tadi, di Jalan Kuching menghala ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

penunggang motosikal kemalangan



Rakaman dashcam berdurasi kurang 50 saat itu memaparkan empat penunggang motosikal yang hilang kawalan sebelum terjatuh dan terbabas kerana melalui jalan yang licin difahamkan akibat tumpahan minyak.

Kesemua mangsa ketika itu dibantu oleh pengguna jalan raya yang lain yang turut berada di tempat kejadian.

Video tersebut secara tidak langsung mengundang pelbagai respon dari warganet yang risau jika situasi seumpama ini akan berlaku pada masa akan datang dan boleh meragut nyawa.

Insiden ini menerima pelbagai respon, malah, ada komen yang seolah-olah memerli pihak berkuasa hanya akan mengambil tindakan jika kemalangan yang berlaku melibatkan golongan kenamaan sahaja.

Tidak berakhir di situ, ada yang memberikan pendapat tumpahan minyak yang berlaku berpunca akibat penutup tangki diesel bas dan lori yang tidak ditutup dengan sebaik mungkin, yang menyebabkan berlakunya tumpahan minyak di atas jalan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here