Motosikal nombor plat ‘BUAYA’ berjaya ditahan di Temerloh

2719
Pihak polis berjaya menahan dua remaja yang mengubah nombor pendaftaran dalam Op motosikal yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Temerloh.
motosikal buaya
Operasi yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Temerloh bermula semalam pada jam 10 pagi hingga 6 petang.
 
Kedua-dua remaja tersebut ditahan bersama motosikal mereka untuk disiasat dibawah Seksyen 108 (3)(E) APJ 1987 dan Seksyen 108 (3) (F) APJ 1987 kerana mengubah nombor pendaftaran motosial menjadi ‘BUAYA’, dan menampal pelekat pada nombor pendaftaran.
 
motosikal buaya
Pihak polis memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kepada penunggang atau pemandu yang mengubahsuai kenderaan dengan niat untuk mengelirukan pihak berkuasa.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here