GoCar tambah empat model popular baharu! Honda City, Nissan Almera, Proton X50 dan Mitsubishi Xpander

2454

GoCar, peneraju platform perkongsian kereta berdasarkan kepada permintaan di Malaysia hari ini melancarkan penambahan empat model baharu ke dalam program langganannya, GoCar Subs.

Penambahan ini dilihat selari dengan komitmen mereka untuk menawarkan alternatif yang praktikal dan lebih mampu milik berbanding pinjaman sewa beli konvensional. 



Cukup popular dalam kalangan pengguna di Malaysia, empat model baharu dalam platform GoCar Subs adalah Honda City, Nissan Almera Turbo, Proton X50 dan Mitsubishi Xpander.

Di bawah struktur ‘Satu Harga’ GoCar yang telah disepadukan, semua empat model itu ditawarkan dalam kategori EXEC dengan pilihan pelan langganan satu, dua dan tiga tahun.

Berdasarkan kepada yuran yang sudah merangkumi semua perkara di bawah GoCar Subs, anda akan menikmati lebih banyak penjimatan dengan memilih model langganan berbanding pinjaman sewa-beli biasa.

Jadual di bawah memperincikan kos keseluruhan tahun pertama langganan selama 36 bulan bagi empat model berbanding pinjaman sewa beli untuk tempoh lima tahun. Ia merupakan tempoh pinjaman paling biasa diambil oleh pengguna apabila membeli sebuah kereta baharu.

Dengan ciri ‘TUKAR’ (SWAP) pada GoCar Subs, anda mempunyai fleksibiliti untuk menukar mana-mana model di dalam garaj bersama pilihan dua model berbeza setiap tahun.

Apa yang perlu anda lakukan ialah membayar yuran penukaran sekali sahaja iaitu sebanyak RM250 dan akan diberi akses kepada tiga model berbeza bagi memenuhi keperluan masing-masing.

Yuran bulanan dan deposit sekuriti boleh diubah suai mengikut kategori model yang anda pilih.

Untuk mendaftar akaun GoCar Subs atau melihat senarai penuh garaj, sila layari laman web: www.gocarsubs.com.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here