KTM 1290 Super Adventure S 2021 tawar Adaptive Cruise Control

1397

Kemunculan KTM 1290 Super Adventure S model 2021 sesungguhnya menimbulkan kegelisahan bagi mereka yang tergila-gilakan varian Adventure.

Mungkin peminat varian adventure akan pecah kepala untuk membuat pilihan.



Kepada mereka yang mengikuti perkembangan motosikal keluaran KTM pasti dapat mengesan perubahan yang terdapat pada KTM 1290 Adventure  S 2021.

Pemantauan kami perubahan paling ketara adalah pada ergonomik dan komponen eletronik. Difahamkan jentera ini adalah varian adventure paling canggih dihasilkan oleh KTM.

Perubahan ergonomik?

Okay, ergonomik bukan sekadar keselesaan. Malah ianya juga melibatkan situasi pengendalian sewaktu menunggang.

Terperinci sekali jurutera teknikal KTM dalam menghasilkan KTM 1290 Adventure S 2021. Kenyataannya, subframe di bentuk semula menjadikan tempat duduk lebih rendah.

Sebanyak 15mm tapak stereng ditarik ke belakang. Bahagian depan enjin dilaras dan pembahagian berat diperbaharui. Begitu juga dengan lengan ayun lebih panjang.

Sama seperti model sebelumnya KTM 1290 Adventure S 2021 dibekalkan dengan 23 liter tangki bahan api.

Pelana (kusyen) tempat duduk serta penghadang angin bagi model ini boleh dilaras mengikut kesesuaian penunggang.

Penelitian kami tertumpu pada panel instrumen TFT 7.0-inci yang memukau mata bagi setiap yang memandang.

Keselesaan paling ketara apabila setiap panel badan motosikal diambil kira melalui ukuran terperinci demi keselesaan penunggang tanpa sebarang rungutan setelah sampai di destinasi.

Perubahan bahagian eletronik?

Sebenarnya tidak banyak perubahan yang dilakukan pada sistem eletronik pada model ini. Mod masih dikekalkan seperti model sebelumnya.

Penetapan kawalan cengkaman pada setiap mod iaitu Rain, Street, Sport, Offroad dan Rally (pilihan tambahan) hanya dilaras semula agar tidak terlalu agresif.

Ini termasuk suis kawalan yang terdapat pada pemegang diubah baru. Paling ketara terhidang di model ini ialah Adaptive Cruise Control.

Adaptive Cruise Control (ACC) jenama Bosch. Diaktifkan oleh Radar yang terletak di depan motosikal.

Fungsi ACC membolehkan penunggang memilih jarak antara motosikal dengan kenderaan hadapan. Terdapat lima penetapan pemilihan mengikut kesesuaian penunggang.

Enjin seperti biasa masih mengekalkan unit V-Twin 1,301cc  dengan kuasa 160hp dan 138 Nm tork. Transmisi enam kelajuan namun agak ringan apabila casis yang nipis digunakan.

Pengurangan sebanyak 1.6kg masih lagi menepati emisi Euro 5. Dinyatakan pengunaan piston baru yang  lebih tahan dan juga dilengkapi dengan radiator dan saluran air baru.

Motorcycle Traction Control (MTC), Cornering ABS, Offroad ABS, Tekanan angin tayar (TPMS), Penunjuk arah automatik serta sambungan KTM MyRide (pilihan tambahan).

Suspensi semi aktif WP SAT serta damper steering WP. Sistem brek dibekalkan cakera berkembar 320mm kaliper Brembo empat piston di hadapan dan cakera tunggal 267mm di belakang. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here