MAS sedia penerbangan untuk pasukan Ustaz Ebit Lew dalam misi bantuan ke Sabah

960

Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang yang banyak menjalankan aktiviti kebajikan membantu golongan-golongan memerlukan.

Sumber: Mstar

Dalam misi terbaharunya, Ebit Lew akan membawa bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik ke Sabah.

Untuk itu, Malaysia Airlines Bhd (MAS) semalam telah membantu Ustaz Ebit Lew dalam misinya itu.



MAS dalam kenyataan menjelaskan, 18 orang sukarelawan daripada Pertubuhan Kasih Umat Malaysia di bawah naungan Ebit Lew diterbangkan melalui dua penerbangan ke Tawau, Sabah.

“Sukarelawan ini akan mengedarkan tablet, kerusi roda, peralatan perubatan dan keperluan makanan kepada keluarga dan anggota barisan hadapan di kawasan luar bandar.

“CEO Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Ahmad Luqman Mohd Azmi turut hadir menghantar rombongan itu dalam penerbangan Malaysia Airlines MH2660 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam,” kata kenyataan itu.

Kapten Izham berkata, cabaran yang dihadapi oleh masyarakat kerana pandemik yang berpanjangan ini mendorong Malaysia Airlines untuk memainkan peranan sebagai kurier antarabangsa dalam menyokong pelbagai misi kemanusiaan.

“Kami dengan senang hati membantu mereka dalam memastikan keseluruhan koordinasi dan perjalanan berjalan lancar dan selamat,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here