Ustaz Ebit Lew hadiahkan 5 basikal untuk penghantar makanan FoodPanda

1612

Pendakwah, Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan sikapnya yang pemurah dan disenangi ramai dek kerana kerja-kerja kebajikan yang sering dilakukannya.

basikal ebit lew

Sudah banyak bantuan yang telah diberi oleh beliau, termasuk 200kg daging segar kepada Zoo Negara baru-baru ini.



Semalam, Ustaz Ebit Lew sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai apabila membantu meringankan beban lima penghantar makanan dengan menghadiahkan mereka basikal lipat.

Menerusi perkongsian Ustaz Ebit Lew di Facebook, beliau memaklumkan basikal tersebut dihadiahkan bagi memudahkan kerja penghantaran makanan oleh kelima-lima penghantar makanan tersebut yang sebelum ini menghantar makanan dengan berjalan kaki.

basikal ebit lew

Menurutnya, penghantar-penghantar makanan tersebut tiada lesen dan belum mampu untuk membeli motor atau basikal.

Demi mencari rezeki untuk membantu keluarga, mereka sanggup berjalan kaki di bawah panas terik matahari untuk menghantar makanan sehingga bermandi dengan peluh. 

Ustaz Ebit Lew juga turut sebak kerana kesian akan nasib mereka dan terharu melihat kerajinan anak-anak muda ini. Mereka bertekad kerja untuk membantu sara hidup keluarga, lebih-lebih lagi pada waktu sukar pandemik Covid-19 ini. 

Selain menghadiahkan basikal lipat, beliau turut memberi sedikit duit belanja buat lima orang penghantar makanan tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here