Tren Rapid KL percuma untuk golongan OKU hari ini dan esok

1177

Tren Rapid KL menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU) bermula hari ini dan esok, sempena sambutan Hari OKU Kebangsaan 2020.

Tawaran ini membabitkan semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL meliputi Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling dan Kelana Jaya, Monorel serta Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang.



Menurut Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), tawaran itu diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang memiliki kad rasmi OKU dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Tambang percuma untuk menggunakan perkhidmatan rel Rapid KL ini akan turut diberi kepada seorang pembantu OKU terbabit, katanya.

rapid KL OKU

Di luar tempoh promosi istimewa berkenaan pula, Prasarana memang menawarkan diskaun 50 peratus kepada pengguna golongan OKU.

Prasarana sekali gus merakamkan penghargaan kepada KPWKM, khususnya Jabatan Pembangunan OKU, atas usaha gigih memperkasakan kesejahteraan hidup golongan itu.

“Prasarana akan terus bekerja rapat dengan kementerian, terutama bagi memastikan kesejahteraan hidup golongan OKU di negara ini terus terpelihara, katanya.

Prasarana antara lain telah membina dan menaik taraf semua fasiliti kendaliannya, termasuk tren dan bas, supaya bercirikan mesra OKU.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here