Minat James Bond punya pasal, sanggup belanja RM138k untuk nombor plat 007

2067

James Bond telah menjadi salah satu watak filem paling ikonik selama beberapa dekad. Watak ini popular dengan pemanduan kereta mewah, berteknologi tinggi dan kod ejennya iaitu 007.

Di India, seorang peminat watak James Bond iaitu Ashik Patel sanggup membelanjakan wang sekitar RS34 lakh (RM187k) demi mendapatkan nombor plat 007 sempena dengan kod ejen watak tersebut.



Dia yang merupakan ahli perniagaan di Gujarat difahamkan akan menggunakan nombor plat tersebut pada Toyota Fortuner yang baru dibelinya. Jika dibuat perbandingan, SUV tersebut berharga RS500,000 (RM27k) lebih mahal dari nombor plat tersebut.

nombor plat 007

Di India, nombor plat seperti ini biasanya terdapat pada kenderaan mewah seperti Jaguar, Porsche, Land Rover dan sebagainya.

Bidaan untuk nombor plat tersebut bermula pada RS25,000 (RM1,375) pada portal dalam talian. Selepas sehari, jumlah tersebut meningkat hingga RS25 lakh (RM137k) dan ketika tempoh bidaan berbaki tujuh minit, Ashik membuat keputusan untuk membida dengan nilai RS34 lakh (RM187k) untuk mendapatkan nombor plat tersebut.

Menurut Ashik, nombor plat 007 tersebut akan memberi nasib yang baik dan membawa kesejahteraan untuk dirinya.

“Saya mendapat nombor plat 007 untuk kenderaan pertama saya dan ia akan membawa keberuntungan kepada saya. Mengikut kepercayaan saya, nombor 007 akan membawa nasib yang baik kepada saya, kata Ashik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here