Ustaz Ebit Lew beri sumbangan kepada 250 pemandu van dan bas sekolah

1889

Umum mengetahui tentang sifat pemurah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan Ustaz Ebit Lew.

Berikutan negara kita dan dunia yang kini dilanda pandemik Covid-19, Ebit Lew beberapa kali tampil memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

ebit lew pemandu van dan bas



Terbaharu, Ebit Lew kini tampil memberi bantuan dari segi barangan keperluan dan wang kepada 250 pemandu bas dan van sekolah yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang semakin menular.

Perkara itu dikongsikan sendiri Ebit Lew di Facebook miliknya semalam yang memaklumkan kebanyakan mereka yang dibantu itu hilang pendapatan akibat penutupan sekolah kira-kira enam bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Sayu sebak petang ini bila pemandu bas dan sekolah minta bantuan. Saya hadiahkan sedikit barang dapur untuk 250 orang pemandu, kata Ebit Lew dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya semalam.

Saya bungkus (barang dapur) dari Elewsmart tadi. Ada beberapa orang saya beri sedikit duit belanja.

Sedih rasa, tahun 2020 cuma enam bulan ada pendapatan. Enam bulan lagi langsung tiada pendapatan. Enam bulan nak tampung setahun. Macam mana untuk kelangsungan hidup, tambahnya.

Ebit Lew juga melahirkan rasa sayu apabila ramai pemandu bas dan van sekolah terpaksa menjadi penghantar makanan tidak kurang pula yang berniaga secara kecil-kecilan.

Pada masa yang sama, dia turut merakamkan penghargaan kepada komuniti pemandu bas dan van sekolah yang banyak berjasa kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebelum ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here