Ustaz Ebit Lew hadiahkan Perodua Myvi pada ibu tunggal sempena Tahun Baru Cina

1361

“Masa sampai tadi kakak ini menangis.” Itu perkongsian terbaru pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Instagram beliau yang sekali lagi mencuri perhatian ramai.

ebit lew myvi

Selepas menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan kepada golongan memerlukan, beliau kali ini tampil dengan memberi bantuan yang agak luar biassa.



Keprihatinan Ebit Lew mendapat perhatian apabila menghadiahkan sebuah Perodua Myvi, peranti tablet dan duit belanja kepada ibu tunggal, Koh Kim Keok di Kota Bharu sempena Tahun Baharu Cina.

ebit lew myvi

Dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, Ebit berkata, dia juga akan membayar rumah sewa wanita itu setiap bulan.

Menurut beliau, dia menghadiahkan Perodua Myvi itu selepas wanita tersebut mengadu tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar anak ke sekolah.

“Ziarah ibu tunggal Chinese Koh Kim Keok di Kota Bharu, saya hadiahkan kereta Myvi dan tab serta sedikit duit belanja dan akan bayarkan sewa rumah setiap bulan. Gong Xi Fa Chai,” kata Ebit Lew.

ebit lew myvi

“Saya mendapat maklumat keluarga ini susah dan sudah lama tidak menyertai makan besar dan tiada sambutan Tahun Baharu Cina.

“Walaupun berketurunan Cina, tapi dia kenal saya. Dia selalu berdoa hendak berjumpa ustaz. Hari ini tiba-tiba (saya) ada depan mata,” tambahnya menerusi hantaran itu.

Wanita itu membesarkan anak yang ramai seorang diri selepas kematian suaminya dengan bekerja di sebuah kedai kopi. Anak perempuannya berhenti belajar kejururawatan kerana tiada duit untuk membayar yuran RM800 dan bekerja untuk membantu keluarga.

Ebit Lew juga bersedia untuk menanggung kos pembelajaran anak Kim Keok, jika dia ingin menyambung semula pembelajarannya.

“Terima kasih JKM ada beri duit bulanan. Terima kasih Yb dan Menteri. Terima kasih zakat. Terima kasih Penghulu dan ketua kampung. Terima kasih jiran dan masyarakat setempat. Terima kasih NGO tempatan. Terima kasih Media yang maklumkan pada saya. Terima kasih semua.
 
“Semoga menjadi asbab kebaikan. Happy Chinese New Year. Selamat makan besar semua,” lanjut Ebit Lew.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here