Fernando Alonso terlibat dalam kemalangan ketika berbasikal di Switzerland

974

Pelumba pasukan Alpine F1 Team, Fernando Alonso terlibat dalam kemalangan ketika berbasikal di Switzerland, ketika tempoh untuk ujian pra-musim Formula 1 2021 berbaki sebulan.

Pasukan Alpine F1 Team mengesahkan kejadian ini menerusi laman Twitter rasmi mereka, dimana Alonso difahamkan kini berada dalam keadaan baik dan sedang menunggu pemeriksaan perubatan dengan lebih lanjut.



Menurut satu laporan tidak rasmi dari La Gazzetta dello Sport, Alonso dilanggar oleh sebuah kereta dan mungkin mengalami patah tulang.

Tambah laporan dari wartawan BBC F1 Andrew Benson, dalam kemalangan tersebut, Alonso juga dikatakan mengalami patah rahang dan kini dirawat di Bern, Switzerland.

 

Fernando Alonso

Untuk makluman, Alonso berjaya memperoleh dua kejuaraan bersama Renault pada tahun 2005 dan 2006. Berdasarkan rekod, pelumba berusia 38 tahun ini telah memenangi 32 perlumbaan, menjadikannya sebagai pelumba ke-6 dalam senarai pemenang sepanjang masa kejuaraan Formula 1.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here