Replika Formula 1 Ferrari dari Amalgam ini paling terperinci, harga bermula RM3.2k

2343

Sejak 25 tahun yang lalu, pakar model kereta premium Britain, Amalgam Collection telah menghasilkan beberapa replika kereta dengan skala paling terperinci di dunia, termasuk model McLaren Senna dan Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport Vitesse.

ferrari formula 1

Untuk koleksi terkini, syarikat itu menghasilkan replika Ferrari SF1000 dalam skala 1:8 dan 1:18. Ferrari SF1000 ialah jentera yang bertanding dalam kejuaraan Formula 1 2020.



Bagi menghasilkan replika tersebut dengan terperinci, Amalgam Collection bekerjasama dengan Scuderia Ferrari untuk menyertakan kemasan warna yang unik dan membangunkan reka bentuk sama seperti jentera Formula 1 sebenar.

ferrari formula 1

Replika pertama jentera Formula 1 ini bahkan telah mendapat kelulusan dari pasukan kejuruteraan dan reka bentuk Ferrari.

“Hubungan kami dengan Ferrari dan semua pengeluar adalah berdasarkan kepercayaan dan hasil kerja,” kata Sandy Copeman, pengarah jenama Amalgam.

ferrari formula 1

 
“Kami membina replika ini berdasarkan reka bentuknya yang sebenar dan gambar beresolusi tinggi untuk memastikan hasil kerja kami sangat terperinci. Misi kami ialah untuk menghasilkan replika yang paling sempurna.
 
“Kami akan terus berusaha untuk mencari kaedah baru untuk menghasilkan replika dengan lebih sempurna, sehingga dapat memberi saingan kepada rupa bentuk sebenar,” tambahnya.
ferrari formula 1

Replika dengan skala 1:8 dihasilkan hanya dihasilkan dalam 50 unit sahaja, masing-masing berharga USD9,058 (RM36.6k). Sekiranya harga tersebut terlalu mahal, anda boleh dapatkan replika dengan skala 1:18, dihasilkan dalam 500 unit dan setiap unit berharga USD792 (RM3.2k).

Maklumat lanjut mengenai replika jentera Formula 1 Ferrari dengan skala 1:8 boleh didapati di pautan ini, manakala untuk replika dengan skala 1:18 boleh didapati di pautan ini.
 
Kami juga pernah melihat sendiri tahap keperincian model-model Amalgam ini, anda boleh lihat dalam video di bawah semasa kami melawat muzium Sultan Selangor.
 
 
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here