Tiga mat rempit ditahan selepas video aksi tunggangan tular di media sosial

1766

Selepas video aksi tunggangan secara berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban tular di media sosial, tiga mat rempit berjaya ditahan oleh pihak polis pada Sabtu.

mat rempit
gambar hiasan

Menurut Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, tiga mat rempit terbabit ditahan selepas pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 38 saat menunjukkan suspek yang melakukan aksi ‘zig-zag’, menundukkan badan dan bersaing sesama sendiri.



“Bertindak hasil maklumat kira-kira jam 10 pagi, suspek pertama yang menetap di Puchong, Selangor berjaya ditahan sebelum membawa kepada tangkapan suspek kedua dan ketiga,” kata Mohd Nadzri.

“Kesemua tangkapan kemudiannya dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita ketiga-tiga buah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC.

Siasatan mendapati ketiga-tiga suspek melakukan aksi tersebut kira-kira jam 12.50 tengah malam hari kejadian dan mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas singgah makan di Seremban, Negeri Sembilan.

Kesemua tangkapan difahamkan berusia 19 dan 20 tahun, dan mereka semua disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here