Model skala Batmobile oleh Swarovski dijual pada harga RM2.6k!

1529

Syarikat barang kemas dari Austria, Swarovski mencipta model skala Batmobile yang diperbuat dari kristal hitam. Model skala ini dijual pada harga $599 (RM2,562).

batmobile Swarovski

Model skala ini ialah model Batmobile dalam filem Batman 1989 dan Batman Returns tahun 1992 yang diarahkan oleh Tim Burton. Model ini merupakan penciptaan semula yang menakjubkan dari salah satu Batmobile yang pernah ditayangkan dalam filem aksi tersebut.



Dengan ukuran 14.9cm panjang, 6cm lebar dan 3.4cm tinggi, sudah tentu model skala ini sangat mahal untuk dijadikan permainan untuk kanak-kanak. Sekiranya anda mahukan satu set lengkap Batmobile dan Batmannya, Swarovski menjualnya dengan harga pakej iaitu $1,050 (RM4,491).

Untuk pengetahuan, Batmobile dalam filem Batman 1989 direka oleh Anton Furst dengan menggunakan casis Chevrolet Impala. Uniknya kereta itu dibuat seolah-olah tidak mempunyai pintu dan mempunyai atap yang boleh dibuka untuk memasukinya.

Seperti anda mungkin tahu, “mainan” mewah sebegini bukanlah perkara baru. Syarikat Amalgam juga merupakan salah satu syarikat yang juga menghasilkan model skala dari pelbagai jenis kereta dengan sangat terperinci. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here