Lamborghini sudah tidak berminat dengan acara pameran automotif

1572

Frankfurt Motor Show 2019, di mana Lamborghini melancarkan Sian, mungkin merupakan acara pameran automotif terakhir yang disertai oleh mereka. Keputusan yang dibuat oleh Lamborghini ini bukanlah disebabkan kerana faktor krisis kesihatan yang melanda seluruh dunia pada ketika ini. 

pameran automotif lamborghini

Menurut sumber, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi, Katia Bassi berkata, Lamborghini akan memberi fokus untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan para pelanggan mereka. Acara besar seperti pameran automotif sudah tidak ada dalam perancangan masa depan Lamborghini.



“Kami memutuskan untuk meninggalkan pameran automotif kerana kami semakin percaya dengan mempunyai hubungan yang lebih baik dengan pelanggan adalah kunci kejayaan dan pertunjukan automotif tidak lagi sesuai dengan falsafah kami. Hubungan peribadi kami dengan pelanggan adalah kuncinya,” kata Bassi.

Tambahan pula, peserta pameran automotif hanya mahu melihat produk keluaran terbaru dari sesebuah syarikat dan tiada niat untuk membeli sesebuah produk baru tersebut.

Sementara itu, acara seperti Pebble Beach dan Goodwood seringkali dihadiri oleh para pemilik kereta. Lamborghini akan terus menghadiri acara-acara seperti ini dan bahkan meningkatkan penyertaan mereka.

Menurut Bassi, Lamborghini juga akan memberi fokus berkenaan penggunaan AR dan VR untuk menjalin hubungan dengan para pelanggan mereka. “Mengadakan pertemuan yang baik dan cara yang baik untuk berhubung semula secara fizikal dengan pelanggan melalui acara dan pengalaman khusus,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here