Hot Wheels keluarkan Batmobile kawalan jauh, harga RM2k saja

1796

Filem The Batman bakal ditayangkan tahun depan dan sempena kemunculan adiwira berkenaan, Hot Wheels memperkenalkan model kereta mainan Batmobile dengan alat kawalan jauh.

Batmobile dengan skala 1:10 itu memiliki tinggi 5.3-inci dan panjang (19.5-inci). Pengecasan bateri penuh mengambilmasa tiga jam dan boleh digunakan selama 25 minit.



Kereta mainan tersebut mampu mencapai kelajuan 24kmj yang dilengkapi dengan suspensi belakang boleh gerak bahkan turut didatangkan dengan perincian seperti kesan kotoran pada sisi badan dan tayar selain calar. 

 

Selain itu, kesemua lampu kenderaan boleh menyala. Bahagian kabin kelihatan impresif mirip dengan kereta sebenar menerusi instrumen pencahayaan tiga dimensi, stereng dan gear yang boleh digerakkan dan kerusi dengan perincian penuh.

Tidak ketinggalan anda boleh meletakkan patung Batman 6-inci pada kerusi pemandu yang seolah menggerakkan tombol gear dan stereng. 

 

Bagi mereka yang ingin menjadikan ia sebagai koleksi pameran bukan untuk digunakan,  Hot Wheels menyediakan pakej pelantar yang lengkap dengan tanjakan dan tersedia lampu Bat-Signal. 

Apabila anda mengaktifkannya bahagian monitor akan menyala dengan tambahan efek visual dan audio dengan logo kelawar seolah-olah berada di dalam Batcave.

Tempahan prajualan dibuka bermula hari ini pada harga AS500 (RM2,076).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here