Remaja lelaki ditahan guna nombor plat bentuk Batman dan letak nama sendiri

1866

Polis menahan seorang remaja yang menggunakan nombor pendaftaran motosikal bentuk lambang Batman pada Operasi Samseng Jalanan di Jalan Persiaran, berdekatan Dataran Nilai.

Lelaki berusia 21 tahun itu juga didapati tidak mempamerkan nombor pendaftaran pada motornya dan mengubah plat pendaftaran dengan namanya.



“Penunggang motosikal berkenaan didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu selain tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Lelaki berkenaan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada kenderaannya,” kata Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman.

Jika mana-mana yang melanggar spesifikasi ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 boleh dikenakan denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000.

Operasi yang membabitkan dua pegawai dan 20 anggota tersebut telah mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan pemilik kenderaan termasuk pengubahsuaian ekzos dan struktur kenderaan tanpa kebenaran.

BACA>>Sempat rakam aksi motosikal yang diubah suai di jalan raya sebelum ditahan

BACA>>Polis: Mitos ekzos bising boleh buat motor power

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here