Covid-19: Racing Point pasukan pertama keluarkan jentera Formula 1 selepas ‘cuti panjang’

1522

Menurut kalendar baru, siri perlumbaan Formula 1 akan disambung semula dalam masa 15 hari lagi iaitu pada 3 Julai 2020. Oleh sebab itu, beberapa pasukan yang terlibat sudah mula melakukan persiapan menjelang perlumbaan tersebut.

racing point formula 1

Sebagai contoh, pada minggu lepas pasukan Mercedes telah melakukan sesi pandu uji di litar Silverstone dengan menggunakan jentera lama mereka iaitu W09 keluaran tahun 2018.



Namun, semalam jentera RP20 milik pasukan Racing Point menjadi jentera perlumbaan Formula 1 baru pertama yang beraksi semula selepas berehat panjang selama 3 bulan disebabkan pandemik Covid-19

Sebelum ini, belum ada pasukan Formula 1 yang menggunakan jentera terbaru mereka di litar perlumbaan sejak Formula 1 Australia pada 28 Febuari lalu dibatalkan.

Pelumba pasukan Racing Point, Lance Stroll

Juga bertempat di litar Silverstone, RP20 akan digunakan pada ‘filming day,’ dimana suatu pasukan dapat menggunakan jentera mereka sejauh 100km tetapi menggunakan tayar yang berbeza dari tayar yang digunakan untuk perlumbaan sebenar.

Pelumba pasukan Racing Point, Lance Stroll yang ditugaskan untuk memandu RP20 turut menyatakan rasa gembiranya.

Untuk maklumat tambahan, siri perlumbaan Formula 1 akan disambung semula bermula dengan Formula 1 Austria yang akan diadakan di litar Redbull Ring pada 3-5 Julai 2020.

Sumber: Instagram Racing Point, gridoto.com, Formula1.com

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here