Ustaz Ebit Lew sewa pesawat hantar bantuan perubatan ke Sabah

494

Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan sifat dermawannya dalam membantu golongan yang memerlukan, muncul sekali lagi dalam membantu mereka yang terjejas kerana pandemik Covid-19 di Sabah.

ebit lew

Beliau sekali lagi membuatkan banyak pihak terharu kerana telah menghulurkan bantuan yang sangat diperlukan untuk kegunaan petugas kesihatan di sana.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew menerusi Facebook, beliau telah menggunakan perkhidmatan pesawat kargo Raya Airways untuk menghantar bantuan keperluan kepada petugas kesihatan di Sabah.

ebit lew

Antara bantuan yang disalurkan oleh beliau adalah set PPE, pelitup dan topeng muka, serta pelindung kasut untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan petugas kesihatan di Sabah.

Ustaz Ebit Lew turut memohon rakyat Malaysia semoga berdoa untuk Sabah sentiasa kuat dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 ini.

ebit lew

Di dalam perkongsian tersebut, majoriti warganet turut membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan terima kasih dan berdoa kepada beliau kerana sering menjadi penyelamat dalam situasi pandemik ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here